Simpulan bahasa UPM
Dalam kelas Bahasa dalam Multimedia, kami diminta untuk mengambil gambar dengan menunjukkan maksud simpulan bahasa yang telah kami pilih. Sepanjang tugas ini dijalankan, saya belajar beberapa perkara iaitu belajar untuk melakukan kerja dengan pantas, melakukan kerja dalam kumpulan dengan melakukan perbincangan, dan sebagainya. Pengalaman semasa menjalankan tugas ini ialah saya dan rakan sekumpulan terpaksa mengambil gambar secara spontan setelah berbincang mengenai cara bagi menggambarkan maksud simpulan bahasa contohnya dalam simpulan bahasa hati kering di mana rakan saya duduk terjatuh sementara yang lain menunjukkan watak tidak endah terhadap rakan yang terjatuh itu. Selain itu, untuk menunjukkan simpulan bahasa anak gahara, rakan saya memakai pakaian cantik sementara saya memakai pakaian ala-ala hamba membawa buah-buahan untuk santapan anak gahara tersebut.
No comments:
Post a Comment