Saturday 13 April 2013

Simpulan bahasa UPM


Simpulan bahasa  UPM
Dalam kelas Bahasa dalam Multimedia, kami diminta untuk mengambil gambar dengan menunjukkan maksud simpulan bahasa yang telah kami pilih. Sepanjang tugas ini dijalankan, saya belajar beberapa perkara iaitu belajar untuk melakukan kerja dengan pantas, melakukan kerja dalam kumpulan dengan melakukan perbincangan, dan sebagainya. Pengalaman semasa menjalankan tugas ini ialah saya dan rakan sekumpulan  terpaksa mengambil gambar secara spontan setelah berbincang mengenai cara bagi menggambarkan maksud simpulan bahasa contohnya dalam simpulan bahasa hati kering di mana rakan saya duduk terjatuh sementara yang lain menunjukkan watak tidak endah terhadap rakan yang terjatuh itu. Selain itu, untuk menunjukkan simpulan bahasa anak gahara, rakan saya memakai pakaian cantik sementara saya memakai pakaian ala-ala hamba membawa buah-buahan untuk santapan anak gahara tersebut. 

one shot video UPM

salam..
Atas permintaan dan arahan tegas dr.nottz aka Prof.Madya. Dr. Normaliza, aku dan rakan-rakan kena post perkara yang kami buat di dalam kelas Bahasa dalam Multimedia. Dr macam tahu2 je, aku tak update blog ni.. huhu... bukan apa, takda masa nak buat untuk bersantai2. Ni dah kena buat dah kira satu kerja jadi kenalah adakan masa tu. Ok lah, pengalaman untuk one shot video ni memang agak mencabar di mana aku yang kayu, tak pandai menari ni, terpaksalah menari dan upload ke dalam youtube. Malu tak malu la kan. huhu masa untuk buat video ni seminggu je, dengan sibuknya kelas dan banyak benda lain tak settle, malam 1 hari sebelum kena upload kat youtube tu jugak, kiteorang buat. Dan hasilnya memanglah tersangat lawak. Hu3~
Tapi berdasarkan konsep bedal tapi betul, kiteorang pun buat jela. Selain tu, aku belajarlah untuk buat video. Kalau tak, nak trim video, nak upload dalam youtube pun tak tahu. 
Lepas ni, yang penting, kerja makin bertambah walaupun dah nak abes belajar ni.
Serabut2...huhu tapi takpelah, fikir positif, Kayuh pelan2 cid!! 

Sunday 10 March 2013

BBM3410...oh TIDAKKK!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
OHHH TIDAKKK!!
begitulah tajuk yang aku kena buat dalam blog ni. Actually DR.Salmah (bukan nama sebenar) yang suruh kami, pelajar2 yang mengambil subjek Bahasa dalam multimedia membuat blog... Ada markah ni...huhu
So, aku pun belajar untuk membuat blog. Mula2 rasa macam malas. Yela, macam tak berminat sangat. Tapi bila dah belajar tu, rasa excited pulak kan... lagi bila ada orang follow. HAHA (tak baca pun takpe)
Sebab tak best pun..heee~
hah.. dengan tu nak mention lah jugak siapa yang mengajar aku ni kan. Terima kasih lah kepada ana dan rohama. Ni lepas ni nak minta korang ajar macam mana nak masukkan lagu pulak.hee~

Berbalik kepada subjek ni, aku memang nak cakap memang banyak gilalah kerjanya. yang lain tu aku ok lagi lah nak buat. Tapi, bila kena rekod kiteorang menari bagai lepas tu nak masukkan dalam youtube, tu yang alamakkk!!! memang ohh tidak lah kan... macam dr salmah tu tahu je kan kiteorang akan merungut pasal kursus ni.tapi kena buat juga lah sebab memang kena buat. hemtam jela..huu
dah final year ni, macam2 kerja kena buat, so aku mencadangkan agar kursus ni di ambil pada awal sem..huuu.. ni nak buat pita lagi... hurmm....tapi insyaallah, mesti boleh jela siapkan... chayok2~ ^^

ok lah,first aku tengok dr Salmah ni macam garang n brutal. yela, dengan kasut ala-ala sport n jam tangan biru dia tu. yang aku rasa dia garang sebab dia terus tengok jam bila ada pelajar masuk lambat. dan kenyataannya dia memang seorang yang pentingkan masa bila dia suruh datang tepat masanya, suruh pakai kasut.huhu Tapi aku no hal je, sebab aku kan skema jugak...HAHA~
N yang pasal garang tu, rupanya dr Salmah memang lawak gila. Selamatlah kan. N aku harap dr. Salmah tak kedekut markah untuk kursus ni. hehe

k la, next time aku post lah apa2 lagi. k da... salam semua ^^