Saturday, 13 April 2013

Simpulan bahasa UPM


Simpulan bahasa  UPM
Dalam kelas Bahasa dalam Multimedia, kami diminta untuk mengambil gambar dengan menunjukkan maksud simpulan bahasa yang telah kami pilih. Sepanjang tugas ini dijalankan, saya belajar beberapa perkara iaitu belajar untuk melakukan kerja dengan pantas, melakukan kerja dalam kumpulan dengan melakukan perbincangan, dan sebagainya. Pengalaman semasa menjalankan tugas ini ialah saya dan rakan sekumpulan  terpaksa mengambil gambar secara spontan setelah berbincang mengenai cara bagi menggambarkan maksud simpulan bahasa contohnya dalam simpulan bahasa hati kering di mana rakan saya duduk terjatuh sementara yang lain menunjukkan watak tidak endah terhadap rakan yang terjatuh itu. Selain itu, untuk menunjukkan simpulan bahasa anak gahara, rakan saya memakai pakaian cantik sementara saya memakai pakaian ala-ala hamba membawa buah-buahan untuk santapan anak gahara tersebut. 

one shot video UPM

salam..
Atas permintaan dan arahan tegas dr.nottz aka Prof.Madya. Dr. Normaliza, aku dan rakan-rakan kena post perkara yang kami buat di dalam kelas Bahasa dalam Multimedia. Dr macam tahu2 je, aku tak update blog ni.. huhu... bukan apa, takda masa nak buat untuk bersantai2. Ni dah kena buat dah kira satu kerja jadi kenalah adakan masa tu. Ok lah, pengalaman untuk one shot video ni memang agak mencabar di mana aku yang kayu, tak pandai menari ni, terpaksalah menari dan upload ke dalam youtube. Malu tak malu la kan. huhu masa untuk buat video ni seminggu je, dengan sibuknya kelas dan banyak benda lain tak settle, malam 1 hari sebelum kena upload kat youtube tu jugak, kiteorang buat. Dan hasilnya memanglah tersangat lawak. Hu3~
Tapi berdasarkan konsep bedal tapi betul, kiteorang pun buat jela. Selain tu, aku belajarlah untuk buat video. Kalau tak, nak trim video, nak upload dalam youtube pun tak tahu. 
Lepas ni, yang penting, kerja makin bertambah walaupun dah nak abes belajar ni.
Serabut2...huhu tapi takpelah, fikir positif, Kayuh pelan2 cid!!